Simfoni Hati

simfoni di dalam kehidupan yang penuh suka dan duka

Friday, November 13, 2009

Selamat Melahirkan...

Foto yang dihantar oleh Adik kak long melalui MMS setelah ditelefon oleh Nurdini yang tak sabar nak tengok rupa adik dia.



Kelmarin kira-kira pukul 11.30 malam, adik ipar mintak tolong hantar ke hospital. Doktor nasihatkan dia pergi untuk memastikan sama ada baby dah tak sabar nak dilahirkan. Sebelum itu adik ipar tak sedap badan dan cirit birit. Ingatkan terjangkit dari Nu'aim. Suami dia, adik kak long kebetulan baru jer ketika itu sampai ke Kulim Kedah untuk satu mesyuarat keesokan harinya ( semalam).


Aduhai, walaupun tak kelam kabut sangat tapi dalam hati risau, kami berdua jer dalam kereta dan hospital di mana doktor yang menyambut keempat-empat anak beliau sebelum ini agak jauh di Klang..aduhai. Kak Long tak terus menerus nak pecut walau di highway sebab lori2 banyak di tengah malam dan kami selamat sampai kira2 pukul 12.30 malam. isk Iskk pecah rekod kak long sampai ke Klang ikut highway SILK- Seremban-Kl-Kesas dalam masa kira2 35 minit. Khamis tengahari, Adik kak long sampai ke hospital dari Kedah, barulah kak long balik. Baby memang tunggu Abah dia balik kut sebab contraction adik ipar yang agak kuat awal pagi, berkurangan dan doktor kata once the father comes back, then we will rush the mother to labour room, huhuhu induced laa tu kut.


Semalam, 12 November @ 5:40 petang, adik ipar selamat melahirkan baby girl. Kak long pulak smapai jer rumah memang pening kepala sebab tak cukup tidur..ehehe maklum ler tidur kat kerusi di bilik hospital tu mana nak lena, every two hours nurse masuk check heart rate baby dalam perut. Nanti kita update nama anak sedara kak long yang latest ni. Yang paling seronok Nurdini la sebab dia ada kawan..adik perempuan. Selama ini dia kena buli oleh 2 abang dan seorang adik lelaki..ihiks. Ikut rupa macam Aim masa kecik..chubby tapi lepas tu berubah wajah dia

Tuesday, November 10, 2009

Masih jelas...

..terbayang di mata betapa rupa parasnya yang begitu jauh berubah dari
kali terakhir kami bertemu di hari pengkebumian suami beliau. Kini
sudah genap seminggu arwah makcik meninggal dunia. Tak sangka dalam
masa 16 bulan tidak berjumpa dia akhirnya pergi jua. Kami redha kerana
kami tidak mahu dia hidup merana kerana anak2. Sampai hati anak
dikasihi tidak langsung sudi menjengah disaat2 ibu sudah nazak
sehinggalah ibu menyambut panggilan Ilahi. Benar2 tidak faham kenapa
dan mengapa sikap si anak berubah! Mengenangkan peristiwa ini pun
boleh buat airmata mengalir apatah lagi ketika bertemu semula tidak
ada sepatah kata terungkap bicara. Masih jelas kedengaran suaranya
suatu ketika dahulu. Terbayang2 saat memegang jemari tetapi kali ini
tidak ada genggaman salam berbalas. Kaku dan pilu... Sayangilah ibu
dan ayah kita selagi hayat masih ada dan diberi kesempatan itu oleh
Allah swt.

Saturday, November 07, 2009

Negeri Sembilan vs Kelantan

Saya tak kisah pasukan manapun yang menang atau kalah! Sebabnya saya
tak ada kepentinganpun. Lalala la la

Tuesday, November 03, 2009

Semangat

Di mana semangat akan dicari? Apakah semangat itu? Bentuk bagaimanakah
semangat itu? Yang pasti saya memerlukan semangat untuk meneruskan
cabaran yang menggunung ketika ini.

Saturday, October 31, 2009

Sesak

Nak bernafaspun payah. Hidung teman sumbat. Semalam virus selsema
menyerang..Memula sakit tekak dah mlm terus pening dan bersin2.
Bernafas ikut mulut la jawabnya bila dah hidung sumbat ehehe. Demam
tak demam teman ni! Dedor jer badan ni.

Thursday, October 29, 2009

Luaran


2 minggu lepas


1 bulan yang lalu


2 bulan lepas

Tuesday, October 27, 2009

Sibuk sesangat...

Minggu perpindahan...sejak hari minggu lepas, dah sibuk pindahkan sofa dan compactus ke tingkat bawah yang telah hampir sempurna proses ubahsuainya. Sibuk sesungguhnya memang sibuk, tiada yang tidak sibuk melainkan sibuk belaka. Huhuhu training untuk cataloging pulak ada hari ini dan esok last...

Foto2 lain kali update.

Friday, October 23, 2009

Bengang sekejap

Alhamdulillah...sebahagian dari tugas2 yang perlu mendapat dan memberi penjelasan telah diselesaikan. Ada terasa kelegaan dihati walaupun hari ini aku telah meninggikan suara dan memberi pendapatku kepada orang yang bertanggungjawab dgn urusan pengubahsuaian. Memang tak sedar suara dah tinggi dan guna perkataan yang agak kasar kerana terlalu geram. Tak ingat apa ayat yang keluar . Natijahnya dia mendengar penjelasanku dan "reasonable" dgn aku. Ada ke patut dia kata tak ada bilik kerja /bilik teknikal untuk staff library..itu yg menggelegak rasa hati tu...ingat buku2 dan item lain tu tak perlu dikatalog dan dilabel dsbnya? ada ke kata self check dikaitkan dgn pemprosesan. Mana tak naik hangin. Harap2 tak timbul lagi isu bilik kerja.

Sukar

Kadang-kadang susah sangat nak fokus. Kenapa yer? Sudah beberapa hari fikiran kadang2 melayang entah ke mana ketika memandu. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sokongan dan pengertian dari semua amat diperlukan. Kadangkala sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, dan sukar juga memohon bantuan. Ego? malu? keliru? entahlah...

Thursday, October 22, 2009

Gangguan

....bukan gangguan makhluk halus atau sexual harassment ..ehehehe tapi gangguan bekalan elektrik. Dijadualkan dikebanyakan kawasan sekitar Cheras ini akan terputus bekalan elektrik dari 8 pagi hingga ke 7.30 malam.


Buat ketika ini, bekalan elektrik masih ada, ikut jadual, pukul 8 pagi, baru TNB akan putuskan bekalan. Aduhai..mesti macam duduk dalam sauna. Harap2 ada announcement tutup half day ler hari ni hendaknya..ihiks..kalau tidak jenuhla cuba buat keje2 yang tak perlu guna pc dan dalam kesamaran..ihiks.

Wednesday, October 21, 2009

Site maintenance ke atau kena block?

Huhuhu sesekali nak jengah FB ..tetiba dapat mesej sebegini pulak...ehehe ke kita yg salah sebab salah password? ni pasal "aktif " sangat ( baca tak aktif)..ahaks. Dari semalam site maintenance nyer...ke akaun kena block? ahahah ada sesapa yg pernah ada pengalaman sebegini?
Sementara menunggu trainer datang, dan sambil2 download rujukan pasal strategic planning, kita update ler kejap blog nanti ni..kut nanti bersawang, rumput rampai dah selubung bumbung rumah ni..langsung kekawan tak kenal dan tak ingat..ihiks.


Saturday, October 17, 2009

Tak kuasanyer

..nak buat homework(kerja) yg presiden suruh semua senat member
sediakan huhuhu. Malasnyer nak bukak buku rujukan dan bahan rujukan
yg dah dibawak balik. Nak buat kat opis memang tk sempat minggu dpn
pasal ada training eheks. Otak tk boleh nk tune,letih seyyh!

Thursday, October 15, 2009

Kecamuk

What if ...
What if...
What if...

Complicated?
Sort of...

Messy?
Not really...

What you should do?

What if...

My instincts telling me...

So many possibilities..

What if...

Bila nak habis " what if ..." adehlaaaaa.

Tuesday, October 13, 2009

Perlukah rumah terbuka

Akak dah buat open house? akak dah lama tak buat open house dik. Jemputan open house pun tak ada tahun ni..ehehehe. Selalu akak cakap, kalau ada niat nak ziarah rumah akak, telefon atau bagitahu jer, InsyaAllah kalau akak ada dirumah, silalah datang. Perlukah ada rumah terbuka, baru kita nak ziarah rumah saudara mara atau kawan-kawan kita? Kalau ada masa, kewangan mengizinkan untuk kita "travel" dan niat untuk bertemu dan mengerat silaturahim, tak perlu kut ada jemputan baru nak pergi.

Ini hanya pendapat akak untuk orang perseoranganlah. Kalau orang2 penting, YB2,VVIP, VIP, tauke2 business yang nak meraikan rakan2 serta menunjukkan skil "corporate social responsibility " mereka, wajiblah mereka adakan rumah terbuka dan tak semestinya raya baru nak buat terbuka kut..bila2 masa pun boleh..ihiks.

Monday, October 12, 2009

Training Weeks

Minggu ini and minggu depan ada latihan untuk modul2 system yang baru. Yang membuatkan sedikit pening untuk mengatur jadual siapa yang perlu hadir modul latihan yang mana dan siapa yang perlu bertugas dikaunter. Tambahan pulak Dee masih cuti sakit selepas kemalangan minggu lepas and 2 orang lagi akan menghadiri konvo UiTM minggu depan. Kiranya kami akan mengalami masalah kurang staff dan kerana itu, hanya kak long dan Hana akan hadir untuk latihan sebagai "administrator" and harap2 Dee akan kembali minggu hadapan untuk turut serta dalam latihan. Esok ada meeting di HUKM dan kak long tak pasti sama ada boleh "lari" dari sessi latihan sebelah petang. Kalau tidak, kak long hantar wakil sajalah.

Apa yang pasti, jadual latihan yang ditunda dari minggu lepas telah menyebabkan jadual minggu ini termasuklah mesyuarat dan perjumpaan dengan staff dari bahagian audit telah sedikit terganggu. Minggu lepas tak sibuk sangat dengan aktiviti meeting dan audit sebagainya tetapi latihan ditunda. Ini adalah perkara biasa bagi kita yang bekerja, bukan begitu?
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin